Imej Terkini Sherry Ibrahim (6 Photos)

Hadir dengan imej baru, berhijab, Sherry Ibrahim dalam masa yang sama menjelaskan kepada Kosmo! Online bahawa dia akan lebih memilih watak dalam lakonan selain tidak mahu melakukan adegan bersentuhan.



Sherry Ibrahim mula berhijab pada hari lahirnya 3 April yang lalu, sebagai hadiah untuk ibu bapanya.


“Saya akan bekerja seperti biasa namun sesuai dengan perubahan imej, selepas ini saya tidak mahu lagi adegan bersentuhan dengan bukan muhrim. Saya bukan mahu cuba terus berlagak alim tetapi itu adalah salah satu langkah yang saya cuba ambil untuk menjadi Muslimah yang lebih baik,” katanya.


Selain itu, Sherry menjelaskan bahawa teman lelakinya, Fattah Amin juga dalam masa yang sama turut memberikan sokongan kepadanya selain turut menasihati saya dalam banyak perkara. Sementara itu, Sherry mempunyai pandangan sendiri terhadap isu perkahwinan selepas berhijrah.

“Itu pandangan orang, saya tidak boleh hendak halang. Perubahan saya tiada kaitan langsung sama ada untuk berkahwin dalam masa terdekat. Apa yang penting, semua ini adalah untuk ibu bapa saya, Ibrahim Yaacob dan Norliza Maamun yang selama ini tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan saya”

“Mama menangis melihat saya waktu kali pertama bertudung dan hampir tidak cam anaknya sendiri. Akhirnya, ceramah-ceramah agama yang sering dihantar oleh mama ke telefon saya membuahkan hasil,” jelasnya lagi.

JOM TENGOK GAMBAR TERKINI SHERRY IBRAHIM DENGAN IMEJ BERTUDUNGNYA.






0 Komentar untuk "Imej Terkini Sherry Ibrahim (6 Photos)"

Back To Top