Zizan Sudah Menghantar Rombongan Merisik


Menurut Metro Ahad hari ini melalui ruangan Cik Pang, khabarnya pelakon dan pengacara, Zizan Razak sudah pun menghantar rombongan merisik yang juga merupakan gadis sekampung iaitu dari Terengganu.


Rombongan merisik keluarga Zizan dikatakan telah bertandang ke rumah si gadis pada Rabu minggu lalu malah ruangan itu juga berjaya mencungkil nama sebenar bakal isteri Zizan iaitu Nor Edura Diyana Hisham yang baru berumur 24 tahun dan menuntut dalam bidang perakaunan di universiti tempatan di Terengganu.

Sumber: Harian Metro

0 Komentar untuk "Zizan Sudah Menghantar Rombongan Merisik"

Back To Top